Faedah-faedah telefon bimbit.
Dewasa ini telefon bimbit sudah menjadi sjenis alat komunikasi yang digunakan oleh orang ramai. Harga seunit telefon bimbit di pasaran dan kos penggunaan bulannya tidaklah begitu mahal. Akibatnya, banyak orang yang dapat menggunakan kemudahan alat komunikasi yang unik ini. Jika diteliti, telefon bimbit memang membawa banyak manfaat kepada kehidupan masyarakat masa kini.
Dari segi perhubungan, seseorang pemilik telefon bimbit dapat menghubungi seseorang walau di mana dia berada. Sebelum terciptanya telefon bimbit, mereka yang keluar rumah terpaksa mencari telefon awam jika perlu menghubungi seseorang. Ada kalanya telefon bimbit wam didapati rosak. Dengan adanya telefon bimbit, si pemilik tidak perlu berbuat demikian lagi.
Sebaliknya, orang lain juga dapat menghubungi si pemilik telefon bimbit walaupun di mana sahaja dia berada. Dengan kata lain, apabila berlakunya sebarang kes kecemasan, peluang untuk seseorang menghubungi si pemilik telefon bimbit adalah tinggi. Seseorang pemandu yang keretanya rosak umpamanya dapat menghubungi rakannya di tengajh-tengah jalan untuk mendapatkan bantuan. Hal yang demikian tidak berlaku sebelum terciptanya telefon bimbit.
Dalam bidang perniagaan, telefon bimbit memainkan peranan yang sangat penting. Peniaga dapat menghubungi pelanggannya dengan pantas dan mudah. Begitu juga apabila pelanggan ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangan dengan pantas. Cara komunikasi dua hala yang berkesan ini menyebabkan bidang perniagaan lain berkembang maju.
Secara keseluruhannya, penggunaan telefon bimbit telah menukarkan cara komunikasi manusia masa kini yang sibuk. Dalam apa jua keaddan sekalipun, telefon bimbit telah memudahkan corak komunikasi di kalangan semua lapisan masyarakat , tidak kira untuk tujuan apa sekalipun.
No comments:
Post a Comment