Kebelakangan ini, pelbagai laporan tersiar tentang pembabitan remaja dalam gejala penagihan dadah, rogol, curi, samseng sekolah, lumba haram dan lepak. Tidak kurang juga remaja terbabit dalam kes pembunuhan rakan sekolah dan membuang bayi hasil hubungan haram. Dalam mencari pokok pangkal remaja bermasalah itu, kita perlu menerima hakikat remaja hari ini menghadapi pelbagai tekanan daripada keluarga dan persekitaran. Keluarga mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan, manakala persekitaran menggamit remaja untuk terlibat dalam pelbagai perkara.
Keadaan ini bertambah parah apabila remaja pada hari ini lebih terdedah kepada pengaruh media massa, termasuk dari Barat yang membawa nilai asing dan pengaruh tersendiri. Pelakuan ganas dan kejam yang dibawa terus ke rumah melalui televisyen dan stesen satelit sememangnya mampu memporak-perandakan remaja dan masyarakat kita. Keadaan diburukkan lagi apabila ibu bapa masa ini tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama-sama dengan anak-anak. Dalam desakan memenuhi tuntutan mencari nafkah dan mencukupkan wang, ibu bapa keluar bekerja lantas tidak dapat meluangkan masa secukupnya dengan anak mereka.
Selain itu, apabila ibu bapa membiarkan anak-anak menghabiskan masa lapang mereka dengan rakan-rakan sebaya. Apabila remaja berada dalam kumpulan, mereka suka melakukan perbuatan yang mencabar. Oleh itu, banyak kejadian seperti vandalisme, peras ugut, buli , dan sebagainya yang dilakukan oleh mereka. Tidak syak lagi jika keadaan sebegini dibiarkan, institusi kekeluargaan bakal menjadi lemah dan rapuh, Di sinilah ibu bapa perlu tampil dan memainkan peranan sebagai contoh kepada anak mereka.
Ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar duit dan kemewahan hidup sudah pasti tidak ada masa untuk membina dan membentuk sahsiah dan jati diri anak yang memerlukan belaian dan kasih sayang. Pendidikan agama dan moral yang begitu tandus dalam kalangan remaja juga menjadi punca mereka begitu rapuh untuk mengelakkan diri daripada gejala sosial, Aspek ini perlu diberikan perhatian semula oleh ibu bapa demi memastikan anaka mereka bersiap sedia menghadapi cabaran, tekanan dan perubahan sambil mengelakkan diri terjecak dalam pelbagai gejala sosial.
Di sekolah pula, remaja semakin bosan untuk meneruskan pelajaran lantaran ketidakmampuan otak mereka menerima pelajaran, Oleh sebab mereka sering tidak memahami pengajaran guru dan kadangkala mereka malu jika dimarahi, mereka bertindak untuk ponteng sekolah. Apabila mereka ponteng sekolah dan menghabiskan masa bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, mereka akan terdedah dengan pelbagai gejala yang negatif.
Bagi mereka yang bercinta pula, mereka begitu sensitif dan tidak boleh ditegur oleh ibu bapa. Mereka begitu mudah tersinggung. Apabila berlaku perbalahan dalam keluarga atau cinta mereka dilarang, mereka akan mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Sebagai akibatnya, tindakan mereka itu telah menyebabkan mereka hendak lari daripada mulut harimau, namun mereka terperangkap di dalam mulut buaya.
(Dipetik dan diubah suai daripada fail pengarang, 2008)

Noor Asabielah
thanks :) I like it ,
ReplyDeleteSalam sejahtera. Saya ervina chua dari IPG kampus kent ingin membincang tentang cara -cara menangani isu gejala sosial.
ReplyDeletePada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengelakkan isu gejala sosial daripada terus berleluasa. Seperti yang dinyatakan di atas, kebanyakan ibu bapa sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan hidup sehingga mengabaikan anak-anak mereka dan mengakibatkan gejala sosial semakin berleluasa. Ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang mendalam dan berkekalan kepada anak-anak mereka dan sentiasa meluangkan masa menemani anak-anak mereka supaya ibu bapa boleh lebih memahami fikiran anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu mengambil berat tentang kemajuan dan perkembangan anak- anak di sekolah serta memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang negatif untuk mengelakkan terjebak dalam gejala sosial. Selain itu, ibu bapa juga harus memberikan pendidikan tentang keburukan dan kesan melibatkan diri dalam gejala sosial sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga harus menjadi teladan atau role model kepada anak-anak mereka kerana anak-anak akan sentiasa mengikut jejak langkah ibu bapa kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya, anak ibarat kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknya. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa menonjolkan perbuatan yang baik, bersopan santun dan berbudi bahasa tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada kerana anak-anak akan sentiasa mencontohi perlakuan ibu bapa mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Dengan ini, anak-anak bukan sahaja boleh menjadi seorang yang mengamalkan sikap seperti berbudi bahasa, berdisiplin, beraklak mulia, baik hati, pemurah, bersopan santun dalam kehidapan mereka, maka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam isu gejala sosial. Ini merupakan cara yang serampang dua mata.
ReplyDeleteSila memberi pandangan anda. terima kasih :)
selamat sejahtera, saya Chia W.Y dari IPG Kent ingin berkongsi tentang cara-cara mengatasi gejala sosial yang semakin berleluasa ini.
ReplyDeletepada pendapat saya, terdapat banyak cara yang boleh mengatasi masalah tersebut. salah satu caranya adalah pihak sekolah harus memainkan peranan mereka dengan melaksanakan peraturan sekolah secara lebih tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan vandalisme di dalam kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain. Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah dalam kalangan remaja juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pada hari ini banyak kempen yang diadakan di sekolah seperti cendawan tumbuh selepas hujan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja terutamanya peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini demikian kerana para pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Seandainya para pelajar diberi pendedahan awal tentang kes-kes jenayah, sudah tentu masalah jenayah dalam kalangan remaja dapat diatasi. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada kepada pesalah. Tegasnya, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan. Inilah pandangan saya , anda juga datang berkongsi pandanganlah. Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteDi samping itu, kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam membekang isu gejala sosial. Kerajaan harus menguatkuaksakan undang- undang Negara. Sesiapa yang didapati melakukan gejala sosial haruslah dikenakan hukuman yang berat dan didenda mengikut kesalahan yang dilakukan oleh remaja. Kerajaan juga haruslah memastikan polis dapat melaksanakan tugas dan tanggungjwab mereka dengan baik dengan sentiasa membuat rondaan di tempat yang selalu berlaku gejala sosial dan selalu dikunjungi oleh samseng. Dengan ini, remaja akan mengurangkan melakukan gejala sosial kerana polis membuat rondaan di merata-rata tempat. Selain itu, kerajaan juga perlu mendorong sekolah untuk mengadakan kempen dan ceramah sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekolah sepatutnya sering kali mengadakan ceramah tentang kesan-kesan dan keburukan isu gejala sosial dan kepentingan mengamalkan amalan yang berbudi pekerti, mulia, beradab sopan, bersantun, dan sentiasa tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain kerana ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kerajaan juga perlu menggalakan media massa menyiarkan amalan budi bahasa dalam kehidupan kita kerana pada zaman era modenisasi dan liberal ini, hampir semua rumah masyarakat mempunyai televisyen atau radio kerana kita dapat mendapatkan maklumat dan mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam melalui media massa. Melalui media massa, remaja dan ahli keluarga juga boleh mengetahui kepentingan kesan isu gejala sosial terhadap Negara dan masyarakat. Dengan ini, isu gejala sosial dapatlah dikurangkan dan Negara boleh menjadi semakin aman dan damai tanpa gejala sosial yang menyebabkan ketakutan dan kebimbingan semua masyarakat setiap hari. Dengan ini, perpaduan kaum dapat ddipupuk dan mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu, teguh dan kuat serta setaraf dengan Negara lain di dunia kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh serta menjadi sebuah Negara yang seimbang dari segi ekonomi, politik dan sosial. Negara juga boleh mewujudkan pelbagai modal insan yang berwawasan, berkualiti, berkepimpinan, berkalibel dan seimbang dari seji intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Dengan ini, slogan 1 Malaysia yang diwar-warkan boleh direalisasikan pada hari muka kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
ReplyDeleteSila memberi pandangan anda. Terima kasih .