Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Nurul Akmal
Friday, 21 October 2011
Sunday, 16 October 2011
PUISI HARI RAYA
Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua
Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…
Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran
Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina
Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan…
di puncak taqwa.
Atau sekadar di pinggiran…
lapar dahaga!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar… walillah hil hamd
Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa

Saturday, 8 October 2011
Apa Kebaikan Yang Lahir Disebabkan Taqwa
Apakah kebaikannya? Di bawah adalah diantaranya.
APA KEBAIKAN YANG LAHIR DISEBABKAN TAQWA
1)- Dipelihara dan dijaga dari musuh-musuh (Islam),
karena benci,Dengki dan iri akan perilaku orang yang taqwa
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang berbunyi :
وَ إِنْ تَصْبِرُوا وَ تَـتَّـقُـوا لاَ يَـضُـرُّ كُمْ كَـيْدُ هُمْ شَـيْـئًا
Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu.(QS Ali Imron (3) : 120)

إِنْ تَصْبِرُوا وَ تَتَّقُوا وَ يَأْ تُوكُمْ مِنْ فَوْ رِهِمْ هَذَا يُمْدِدْ كُمْ رَ بُّـكُمْ بِخَمْسَةِ ءَ الاَفٍ مِنَ الْمَلاَ ئِكَـةِ مُسَـوّ ِمِينَ
Jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda.(QS Ali Imran (3) : 125)
2)- Allah Akan selalu menjaga hatii dikala suka dan duka

و َا عْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّـقِـينَ
dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta(menjaga hati) orang-orang yang bertakwa. (QS At-taubah (9) : 36)
3)- Diselamatkan dari kesusahan-kesusahan dan diberikan rezeki
yang tidak terduga, serta dicukupkan kehidupan dunia dan akhiratnya.

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًاوَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. (QS Ath-Tholaq (65) : 2-3)
4)-Dipermudahkan segala urusannya

وَ مَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِ هِ يُسْرًا [الطل
Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan
baginya kemudahan dalam segala urusannya. (QS Ath-Tholaq (65) : 4)
5)-Menghapuskan dosa dan kesalahan

وَ مَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَ يُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا [الطلاق/5]
dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya. (QS Ath-Tholaq (65) :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى ءَامَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (QS Al Araf (7) : 96)
6)- Diberbaiki segala amalan amalannya

يَاأَ يُّهَا الَّذِينَ ءَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَ قُو لُوا قَوْ لاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَا لَكُمْ وَ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُ نُوبَكُمْ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. (QS Al Ahzab (33) : 70 –71)
7)- Diberikan cahaya(hatinya) didunia dan akhirat

يَاأَ يُّهَا الَّذِينَ ءَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَ ءَ امِنُوا بِـرَسُولِه ِ يـُؤْ تِكُمْ كِـفْـلَـيْنِ مِنْ رَحْـمَـتِـهِ وَ يَـجْـعـَلْ لَكُمْ نُـور ًا تَـمْشُونَ بِهِ وَ يَـغْـفِرْ لَــكُمْ وَ اللَّهُ غَـفُـورٌ رَحِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, (QS Al Hadiid (57) : 28)
8)- Dilimpahkan cinta kasih oleh Allah

إِنّ َ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.(QS At-taubah (9) : 7)
9)- Dilimpahkan kemuliaan hidup dunia dan akhirat

إِنَّ أَ كْرَ مَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَ تْقَا كُمْ
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. ( QS Al Hujurat (49) : 13)

وَ أْمُرْ أَهْلَكَ بِا لصَّلاَ ةِ وَ اصْطَبِرْ عَلَـيْـهَا لاَ نَسْأَ لُكَ رِزْقًا نَـحْنُ نَـرْزُ قُكَ وَ الْعَاقِـبَةُ لِلتَّـقْـوَى
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa. (QS Thaha (20) : 132)
10)- Diberi kegembiraan pada saat sakaratul maut

مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا اْلأَ نْهَارُ أُ كُلُـهَا دَ ائِمٌ وَ ظِلُّـهَا تِلْكَ عُقْبَى الَّذِينَ اتَّقَوْا الْكَافِرِينَ
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang taqwa ialah (seperti taman). mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa (QS Ar-Rad (13) : 35)
11)- Diselamatkan dari neraka

ثُـمَّ نُـنَـجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَ نَـذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جـِـثِـيًّـا
Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.(QS Maryam :72)
copy: Zubair IbnuAwwam As-Sabah

Ingatlah pesan Abdul Kadir al-Jailani
Pesan apakah yang dipesan oleh Abdul Kadir al-Jailan? Ingin tahu? Baca lah di bawah.
Ingatlah pesan Abdul Kadir al-Jailani, antara lain menyebut:
"Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah dia lebih baik dari mu. Ucapkan dalam hati mu, mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dari ku.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hati mu), anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diri ku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu a...nak ini jauh lebih baik dari ku.
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hati mu), dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dari ku, tentu dia lebih baik dari ku.
Jika bertemu dengan seorang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hati mu), orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dari ku.
Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hati mu), orang ini bermaksiat kepada Allah kerana cerdik sungguh. (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umur ku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dari ku.
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hati mu), "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diri ku kufur dan berbuat buruk."
Pesanan ini amat wajar direnungi dan dihayati...
- Pok Nik
copy: Arie Fuzhanx

Noor Asabielah
BUAT SRIKANDI ISLAM YANG KU SAYANG
Mari kita lihat di http://qiskusulaiman.blogspot.com/2011/10/buat-srikandi-islam-yang-ku-sayang.html tentang srikandi Islam yang ku sayang.
BUAT SRIKANDI ISLAM YANG KU SAYANG
Dirimu terhias sebagai sebaik-sebaik ciptaan...
Maka, jadikanlah dirimu nisa' yg boleh menjadi mujahidah jihad di jalan ALLAH...
Jadikanlah dirimu antara fatayat yg dijulang...
Cantik dipandang, tapi susah untuk dipegang...
Jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata Adam...
Andai benar cinta di hati, jangan biar syaitan mengambil peluang...
Sesungguhnya wanita adalah kelemahan bagi lelaki...
Jangan biar dirimu menjadi fitnah buat agama...
Jangan biar cinta dunia itu buatmu membelakangkan cintamu pada agama...
Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan...
Dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahidah menuju ALLAH
AZZA WA JALLA...

Posted by QIS KUSULAIMAN at 00:11
Nasihat Ayah Kepada Anaknya
Apakah nasihat si ayah kepada si anak? Mari kita lihat di bawah.
Nasihat Ayah Kepada Anaknya
Wahai anakku, jadikanlah dirimu timbangan di antara kamu dengan yang lain. Jangan menzalimi sesiapa pun sebagaimana kamu tidak suka dizalimi. Barangsiapa menghunus pedang kezaliman, maka ia akan terbunuh dengan pedang itu. Setiap yang zalim akan dibalas oleh yang lebih zalim.
Barangsiapa yang menggali lubang untuk orang lain, maka ia akan terperosok ke dalamnya. Barangsiapa yang membuka tabir aib orang lain, maka akan terbongkarlah auratnya. Barangsiapa melupakan kesalahan dan dosa-dosanya, maka ia akan selalu menganggap besar dosa orang lain.
Barangsiapa sombong terhadap yang lain, maka dia akan jatuh terhina. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang hina, ia akan tercela. Barangsiapa memasuki tempat-tempat jahat, dia akan tertuduh. Barangsiapa ujub dengan pendapatnya sendiri, ia akan sesat.
Barangsiapa hanya mempercayai akal fikirannya sahaja, maka ia akan tergelincir. Jangan berkata tentang sesuatu yang tidak kamu ketahui, meskipun hanya sedikit ilmu yang kamu miliki.
copy: Azie Shidza

Nur Aireena
Manusia
Manusia yang manakah kita tergolong?
Manusia terbahagi dalam 4 Golongan:
>Orang yang tahu dan tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang pandai. Maka, ikutilah dia.
>Orang yang tahu tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang lalai. Maka, ingatkanlah dia.
>Orang yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu, itulah orang yang sedar diri. Maka, ajarilah dia.
>Orang yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu serta tidak ingin ambil tahu, itulah orang yang bodoh. Maka, tinggalkanlah dia.
sama-sama kita muahasabah diri, kita tergolong daripada golongan yang mana??
copy from: Muhammad Aiman

Siti Nur Adilla
5 Perkara Lebih Baik Dari
5 perkara apakah yang lebih baik dari... itu?
5 PERKARA LEBIH BAIK DARI...
“Abdullah bin Abbas r.a mengatakan:
1) Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu, kerana hal itu merupakan perbicaraan berlebihan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan terselamat daripada dosa,
2) Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat. Sebab mungkin sekali orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya, boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan,
3) Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar dan bijaksana atau dengan orang yang berperangai buruk. Sebab orang yang sabar, tidak akan menghiraukan dirimu dan orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu,
4) Ceritakanlah saudaramu yang tidak hadir dengan apa yang engkau sendiri ingin diceritakan olehnya dan maafkanlah dia seperti yang engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya,
5) Berbuatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan.”
Ada orang yang baik dan ada orang yang lebih baik;
1) Orang lelaki yang pemalu itu baik, tetapi perempuan yang pemalu adalah lebih baik.
2) Setiap orang yang bersikap adil itu baik, tetapi pemimpin yang bersikap adil adalah lebih baik.
3) Orang tua yang bertaubat itu baik, tetapi orang muda yang bertaubat adalah lebih baik.
4) Orang kaya yang suka bersedekah pada jalan Allah itu baik, tetapi orang miskin yang bersedekah pada jalan Allah adalah lebih baik.

copy from: Iemochi Asahara
Nur Sadiqah
Perbezaan antara Pengkid, Tomboi dan Lesbian serta Dalil Mengenai Larangnya
Marilah kita membaca tentang pembezaannya yang selama ini kita keliru.
PERBEZAAN ANTARA PENGKID,TOMBOI DAN LESBIAN
Golongan pengkid,tomboy dan lesbian cukup sinonim dinegara kita.Sekilas pandang mereka mudah untuk kita kenali dan jejaki tetapi wujud perbezaan yang ketara diantara ketiga-tiga golongan ini.
Pengkid,tomboy dan lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna berbeza kepada masyarakat walaupun hakikatnya mereka cenderung kepada gejala sama, homoseksual malah kelompok ini adalah jantina ketiga yang cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma biologi, moral dan sosial kehidupan wanita.
Tomboy adalah bererti wanita berperwatakan lelaki tetapi bukan pengkid atau lesbian. tomboy ini hanya mempunyai sifat-sifat maskulin. contohnya kasar, agresif dan lasak. yang mana sifat-sifat ini sering kita lihat ada pada seorang lelaki. namun hanya sifat sahaja. Tomboy ini memiliki keinginan seks yang normal dan fizikalnya juga sama seperti wanita normal yang lain.
manakala pengkid pula sedaya-upaya mahu kelihatan seperti lelaki. Contohnya berbengkung di dada (dia benci bahagian badan yang berkaitan wanita), memakai pakaian longgar dan berambut pendek. Pengkid tertarik untuk berhubungan seksual dengan wanita lain. menurut Prof Madya Makhzan Musa dalam bukunya Psikologi Sosial, golongan Pengkid ini dikategorikan golongan yang mengalami kecelaruan tingkah laku seks.
ada 2 perkara yang mendorong kepada kecelaruan tingkah laku seks:
a) kecelaruan identiti gender di mana individu tidak selesa dengan alat kelaminnya dan tingkah dikaitkan dengan jantina lain.
b) parafilian- melibatkan kebangkitan seks melalui ransangan yang ganjil atau aneh.
konflik yang berlaku antara organ jantina dengan identiti jantina. individu begini mengatakan dirinya patut menjadi lelaki. itulah yang dialami oleh Pengkid.
Lesbian pula tidak semestinya kelihatan seperti lelaki malah ramai feminin dan nafsu terhadap wanita lain tidak diketahui sesiapa pun. Mereka menerima diri sebagai wanita (tidak seperti pengkid), malah menyukai bentuk tubuh wanita. Dalam hubungan seksual lesbian, salah seorang pasangan memainkan peranan dominan manakala seorang lagi bersifat lebih pasif. lesbian juga sering mengamalkan orientasi seks yang dikenali sebagai biseksual (prof makzan musa). mempunyai keinginan dengan wanita dalam masa yang sama juga terhadap lelaki. perkara ini antara penyumbang kepada penularan virus HIV, Sifilis dan virus kelamin lain.
4) DALIL MENGENAI LARANGAN KEPADA WANITA MENYERUPAI GOLONGAN LELAKI DAN SEBALIKNYA
Islam menyuruh umatnya mematuhi hukum dan perintah Allah SWT dan Rasul serta menjauhi perkara dilarang. Allah SWT telah menetapkan yang mana halal dan haram. Ini termasuk mengenai cara hidup seseorang. Keputusan Muzakarah Fatwa merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud:
"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki."
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)
daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)
Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad).
Bahaya penyerupaan itu jika dibiarkan tanpa peringatan dan tindakan akan menyumbang kepada kecelaruan identiti, kerosakan akhlak dan kewujudan cinta intra-seksual pada tempat yang salah.Maka jelaslah,bentuk penyerupaan lelaki yang diamalkan oleh sebahagian golongan pengkid adalah haram dan dilaknat oleh Allah dan RAsulullah s.a.w
Pandangan ulama mengenai gejala homoseksual (lesbian) dan hukumannya.
Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) berpendapat : perlakuan yang berkaitan homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina dengan alasan: Pertama: kerana tidak wujud unsur kesamaan antara seks lelaki dan perempuan dengan homoseksual yang tidak melibatkan unsur berkaitan dengan zuriat dan ketidakjelasan nasab (keturunan) tidak terdapat didalam perlakuan seks homoseksual. Kedua: perbezaan jenis hukuman yang melibatkan para . Berdasarkan kedua alasan ini, Abu Hanifah berpendapat bahwa hukuman terhadap pelaku homoseksual adalah membabitkan ta’zir (diserahkan kepada penguasa atau pemerintah).
Menurut Imam Malik,perlakuan seks homoseksual boleh dikategorikan zina dan hukuman yang dikenakanl keatas pelakunya adalah direjam, sama ada muhshan (sudah berkahwin) atau gair muhshan (belum berkahwin)
Menurut Imam Syafie, homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina seperti hubungan kelamin diantara lelaki dan perempuan tanpa akad nikah yang sah, tetapi terdapat kesamaan diantara kedua-duanya iaitu keduanya merupakan hubungan seksual yang dilarang dalam Islam keatas pelakunya.Hukuman yang dikenakan sekiranya wujud perlakuan tersebut adalah:sekiranya muhshan (sudah berkahwin), maka dihukum rejam. Kalau gair muhshan (belum berkahwin), maka dihukum sebat 100 kali dan dibuang negeri selama satu tahun.
Sebuah hadis ada mengungkapkan bahawa orang yang melakukan perbuatan ini sebagai pelaku zina.
Daripada Abu Musa,Nabi bersabda “ Apabila seorang lelaki mendatangai seorang lelaki,maka mereka berdua adalah penzina”.
(diriwayatkan oleh Baihaqi)
Pendapat imam Syafie yang berkaitan dengan pelaku liwat dibunuh berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh para penulis sunan, daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Sesiapa yang kamu temui mengamalkan amalan kaum Nabi Luth a,s,hendaklah kamu bunuh pelaku dan yang diperlaku”. (Diriwayat oleh at-tirmizi,Abu daud dan Ibn majah)
Keterangan berkaitan dengan hubungan kait diantara peliwat atau homoseksual dengan gejala pengkid.Hujah ini dikaitkan kerana ada segelintir golongan pengkid yang mengamalkan kehidupan seks bebas yang boleh diertikan sebagai golongan homoseksual yang melibatkan antara wanita dengan wanita seperti zaman nabi Luth a.s
Ini adalah diantara kesepakatan ijma oleh ulama,maka sesungguhnya telah disepakati bahawa perlakuan homoseksual adalah sesuatu yang bertentangan dengan islam dan diluar fitrah kejadian manusia.Islam memandang serius dalam melibatkan masalah homoseksual dan lesbian sudah jelas mengharamkan perlakuan yang diluar tabi’dari norma-norma kehidupan manusia termasuk Ijma’ para ulama tak pernah berselisih. Bersumberkan kepada panduan Al-quran dan hadis cukup untuk mengatakan bahawa larangan Allah terhadap perlakuan yang menyerupai kaum nabi Luth a.s.
sumber: http://sinarloronggelap.blogspot.com/2010/05/antara-pengkid-lesbian-dan-tomboy.html

Gaya Hidup Sihat Tanpa Maksiat
Bagaimanakah gaya hidup sihat tanpa maksiat itu?
Gaya Hidup Sihat Tanpa Maksiat
Pen diciptakan untuk menulis. Selagi mana digunakan untuk menulis, insyaAllah pen akan berada dalam keadaan baik. Mengapa? Ini kerana pen memang dicipta untuk menulis. Sebaliknya, kalau pen itu digunakan untuk mencucuk, dibaling atau mengetuk sesuatu, sudah tentu pen itu akan rosak. Kenapa? Ya, kerana bukan dicipta untuk itu.
Maka begitulah manusia. Manusia akan “rosak” sekiranya tidak melaksanakan tujuan hidupnya sepertimana yang telah ditentukan oleh Pencipta (Allah). Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah. Sekiranya dia menyimpang daripada tugas itu, dirinya akan rosak; kesihatannya terjejas, sama ada kesihatan mental, spiritual, emosi mahupun fizikalnya. Ketika itu dia akan merosakkan dirinya sendiri. Itulah akibat maksiat.
Justeru, amalkanlah cara hidup Mukmin - hidup yang sihat tanpa maksiat! Wallahualam..

Anis Zafirah
7 Perkara Ganjil.
Perkara ganjil? Apakah itu?
7 PERKARA GANJIL...
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.
copy: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=160624370693573&id=131575463598464

Subscribe to:
Posts (Atom)