-->

Bestari

Wednesday, 30 March 2011

Faedah-Faedah Telefon Bimbit

Faedah-faedah telefon bimbit.
       Dewasa ini telefon bimbit sudah menjadi sjenis alat komunikasi yang digunakan oleh orang ramai. Harga seunit telefon bimbit di pasaran dan kos penggunaan bulannya tidaklah begitu mahal. Akibatnya, banyak orang yang dapat menggunakan kemudahan alat komunikasi yang unik ini. Jika diteliti, telefon bimbit memang membawa banyak manfaat kepada kehidupan masyarakat masa kini.
       Dari segi perhubungan, seseorang pemilik telefon bimbit dapat menghubungi seseorang walau di mana dia berada. Sebelum terciptanya telefon bimbit, mereka yang keluar rumah terpaksa mencari telefon awam jika perlu menghubungi seseorang. Ada kalanya telefon bimbit wam didapati rosak. Dengan adanya telefon bimbit, si pemilik tidak perlu berbuat demikian lagi.
       Sebaliknya, orang lain juga dapat menghubungi si pemilik telefon bimbit walaupun di mana sahaja dia berada. Dengan kata lain, apabila berlakunya sebarang kes kecemasan, peluang untuk seseorang menghubungi si pemilik telefon bimbit adalah tinggi. Seseorang pemandu yang keretanya rosak umpamanya dapat menghubungi rakannya di tengajh-tengah jalan untuk mendapatkan bantuan. Hal yang demikian tidak berlaku sebelum terciptanya telefon bimbit.
       Dalam bidang perniagaan, telefon bimbit memainkan peranan yang sangat penting. Peniaga dapat menghubungi pelanggannya dengan pantas dan mudah. Begitu juga apabila pelanggan ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangan dengan pantas. Cara komunikasi dua hala yang berkesan ini menyebabkan bidang perniagaan lain berkembang maju.
       Secara keseluruhannya, penggunaan telefon bimbit telah menukarkan cara komunikasi manusia masa kini yang sibuk. Dalam apa jua keaddan sekalipun, telefon bimbit telah memudahkan corak komunikasi di kalangan semua lapisan masyarakat , tidak kira untuk tujuan apa sekalipun.
Posted by Bestari at 20:06 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Faedah-faedah Internet.

     Kemajuan dalam bidang computer telah membawa kepada perwujudan Internet. Internet membolehkan berjuta-juta pengguna computer di seluruh dunia dapat berhugung antara satu sama lain dalam suatu masa.
     Hal yang demikian membolehkan pengguna computer menghantar dan menerima e-mel atau surat elektronik. Bersama-sama dengan emel, pengguna juga boleh menghantar fail atau data . Misalnya, seseorang penulis tidak perlu mengeposkan hasil karya nya sebaliknya boleh menghantar kepada seseorang hanya melalui e-mel.
     Selain itu, pengguna yang mempunyai kemudahan Internet boleh bercakap secara terus dengan pengguna di seluruh pelosok dunia. Seorang bapa boleh bercakap dengan anaknya yang sedang menuntut di negara Jepun melalui program mel suara ini. Dengan hal yang demikian, bil telefon tidak melambung berbanding dengan berhubung secara biasa melalui telefon.
     Yang lebih canggih lagi, persidangan video. Melalui persidangan video, pengguna boleh salaing menonton gambar yang diperoleh melalui kemera. Melalui persidangan video, sekumpulan pelajar boleh mengadakan forum, perbincangan, atau seminar walaupun berjauhan. Persidangan video juga bermanfaat bagi profesion kedoktoran atau kejuruteraan.
     Kemudahan Internet juga membolehkan data penting disimpan dalam pelayan atau pangkalan data yang lebih besar. Pengguna juga dapat memindah terima perisian computer, lagu, gambar, dan video daripada pengguna lain.
     Dalam bidang kewangan, pengguna dapat membeli barangan, menghantar borang permohonan kerja, kemudahan perbankan seperti menyemak baki wang di bank, memindahkan wang, membayar bil, dan pelbagai kemudahan bank yang lain.
     Internet telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dan kebebasan maklumat. Memandangkan faedah Internet sangat banyak, negara kita berusaha ke arah pencapaian Internet bagi semua rakyat.
Posted by Bestari at 15:58 4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

karangan pengalaman

       Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek saya di kampung.Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk mengemas barang masing-masing untuk dimasukkan ke dalam beg sebelum diletakkan di dalan bonek kereta. Kakak saya mengemas rumah kerana kami akan bercuti lama di kampung.
       Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk membersihkan diri. Setelah solat Subuh, kami segera bertolak ke rumah nenek saya. Disebabkan terlalu gembira, saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Kami singgah di perhentian untuk bersarapan pagi. Saya agak terkejut apabila mendapati harga makanan- makanan yang dijual sangat mahal tidak standing dengan makanan yang disediakan. Setelah membeli sebungkus nasi lemak, saya makan bersama keluarga di tempat yang telah disediakan.
       Walaupun masih awal, tetapi perhentian itu semakin penuh. Mungkin mereka bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada sebelah petang. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Setelah empat jam perjalanan, kami pun tiba di rumah nenek.
       Nenek dan datuk kelihatan gembira dengan kedatangan kami semua. Mereka menyambut kami dengan mesra. Saya dan kakak berlumba untuk memeluk nenek. Kemudian kami mengangkat barang yang dibawa kedalam kereta. Setelah semua selesai, kami makan tengah hari yang dimasak oleh nenek. Masakan nenek yang sungguh enak membuatkan saya dan kakak tidak berhenti makn. Ibu dan ayah hanya melihat tingkah laku kami sambil tergelak kecil.
       Pada petang itu ,datuk telah membawa kemi ke dusun buahnya yang tidak jauh dari rumah. Di dusun datuk terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti rambuatn, durian, manggis dan banyak lagi. Saya dan kakak memakan buah rambuatan yang dikait datuk. Kami mambawa pulang beberapa ikat buah rambutan ke rumah.
Keesokan harinya, kami bersama-sama pergi memancing ikan di sungai. Saya berasa sungguh seronok apabila mendapat banyak ikan. Kami memasak asam pedas menggunakan ikan-ikan tersebut. Setelah seminggu, kami pun berkemas-kemas untuk pulang ke rumah. Walaupun agak sedih, namun sata tetap gembira dapat bercuti di kampung.


Posted by Bestari at 14:56 13 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 29 March 2011

Essay

35,Lorong Empat,
Taman Megah,
47300 Petaling Jaya.

20 MAY 2004

Dear Grandma,
     How are you? I hope that you are keeping well. It has been quite some time since I last wrote to you. Many things have been happening at home lately. Some of them good while others are not so pleasant to hear about.
     I suppose you will prefer to know about bad news first and the good news later. I wonder wheather you still remember my good friend, Li Shan and her mother, Aunty Hong. Aunty Hong used to give us chocolate cookies whenever she baked some for her family. Recently, she died of breast cancer. Li Shan was very sad and so was I. her mother was only thiry-eight years old. Mother was upset too as she was close to Aunty Hong.
     The good news is that Yin Mei and I managed to pass with flying colours in our first term examinations. Mother and Father were very pleased. They let us choose a present each. Both of us decided to combine our present into one because the item was costly. We requested for a computer and they bought it for us. We were on top of the world when the computer arrived!
     Well, so much for now! We hope to see you soon.
Love
Yin Fun
Posted by Bestari at 20:58 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Aktiviti





Posted by Bestari at 20:55 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ►  October (11)
    • ►  September (12)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (41)
    • ►  April (78)
    • ▼  March (5)
      • Faedah-Faedah Telefon Bimbit
      • Faedah-faedah Internet.
      • karangan pengalaman
      • Essay
      • Aktiviti

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.