-->

Bestari

Wednesday, 30 March 2011

Faedah-faedah Internet.

     Kemajuan dalam bidang computer telah membawa kepada perwujudan Internet. Internet membolehkan berjuta-juta pengguna computer di seluruh dunia dapat berhugung antara satu sama lain dalam suatu masa.
     Hal yang demikian membolehkan pengguna computer menghantar dan menerima e-mel atau surat elektronik. Bersama-sama dengan emel, pengguna juga boleh menghantar fail atau data . Misalnya, seseorang penulis tidak perlu mengeposkan hasil karya nya sebaliknya boleh menghantar kepada seseorang hanya melalui e-mel.
     Selain itu, pengguna yang mempunyai kemudahan Internet boleh bercakap secara terus dengan pengguna di seluruh pelosok dunia. Seorang bapa boleh bercakap dengan anaknya yang sedang menuntut di negara Jepun melalui program mel suara ini. Dengan hal yang demikian, bil telefon tidak melambung berbanding dengan berhubung secara biasa melalui telefon.
     Yang lebih canggih lagi, persidangan video. Melalui persidangan video, pengguna boleh salaing menonton gambar yang diperoleh melalui kemera. Melalui persidangan video, sekumpulan pelajar boleh mengadakan forum, perbincangan, atau seminar walaupun berjauhan. Persidangan video juga bermanfaat bagi profesion kedoktoran atau kejuruteraan.
     Kemudahan Internet juga membolehkan data penting disimpan dalam pelayan atau pangkalan data yang lebih besar. Pengguna juga dapat memindah terima perisian computer, lagu, gambar, dan video daripada pengguna lain.
     Dalam bidang kewangan, pengguna dapat membeli barangan, menghantar borang permohonan kerja, kemudahan perbankan seperti menyemak baki wang di bank, memindahkan wang, membayar bil, dan pelbagai kemudahan bank yang lain.
     Internet telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dan kebebasan maklumat. Memandangkan faedah Internet sangat banyak, negara kita berusaha ke arah pencapaian Internet bagi semua rakyat.
Posted by Bestari at 15:58
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

4 comments:

  1. Anonymous22 May 2015 at 11:14

    Bkn computer dlm Bahasa Melayu ia ditulis sebagai komputer

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. mathangi22 May 2016 at 12:50

    This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mathangi22 May 2016 at 12:59

      This comment has been removed by the author.

      Delete
      Replies
        Reply
    2. mathangi22 May 2016 at 13:29

      i'm sorry about this!!!!!!.

      Delete
      Replies
        Reply
    3. Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ►  October (11)
    • ►  September (12)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (41)
    • ►  April (78)
    • ▼  March (5)
      • Faedah-Faedah Telefon Bimbit
      • Faedah-faedah Internet.
      • karangan pengalaman
      • Essay
      • Aktiviti

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.