-->

Bestari

Thursday, 25 August 2011

Karangan Keperihalan


      Kata orang , banyak berjalan luas pandangan. Kata-kata ini ada benarnya apabila saya melancong ke Pulau Langkawi pada cuti penggal  yang lalu. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya peroleh sepanjang tempoh pelancongan  tersebut.
      Saya, ibu dan ayah bertolak dari Kuala Lumpur dengan bas.  Perjalanan bermula jam 9.00 malam dan sampai di Kuala Perlis pada pukul 5.00 pagi. Kami berehat seketika sementara menunggu feri yang akan bertolak ke Pulau Langkawi pada pkul 7.00 pagi.
      Perjalanan dengan feri mengambil masa satu jam. Inilah kali pertama saya menaiki feri. Feri ini besar dan tidak begitu terasa goncangannya apabila feri itu melanggar ombak.
      Sebaik sahaja sampai di jetiKuah, kami mencari hotel. Ayah bercadang hendak menginap selama tiga malam. Penat juga kami berjalan kerana kebanyakan hotel penuh. Kebetulan pula cuti sekolah baru bermula dan pelancong bertumpu de pulau bebas cukai.
      Selepas berehat seketika, ayah menyewa sebuah kereta dan kami mengelilingi pulau legenda itu. Kami melawat ke beberapa tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. Kami juga ke Pekan Buku dan melihat keindahan pantai Pasir Hitam dan pantai Marina.
      Di sekitar Makam Mahsuri dan Beras Terbakar terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis barangan. Kain batik yang diimport dari Indonesia merupakan barangan utama yang dijual gerai-gerai tersebut. Buatanya sangat halus dan murah pula harganya.
      Pada waktu malam kami ke pekan Pokok Asam dan Bandar Kuah. Pekan Pokok Asam terkenal dengan barangan seperti pinggan mangkuk yang berjenama. Emak saya rambang mata dan membeli berapa jenis pinggan mangkuk. Ayah pula membeli beg kulit.
      Pengalaman melancong ke Pulau Langkawi selama tiga hari cukup bermakna. Selama ini saya hanya membaca dalam buku sejarah tentang Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. Kali ini saya melihat dengan mata saya sendiri tempat-tempat tersebut.


Nurul Akmal
Posted by Bestari at 15:19
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ►  October (11)
    • ►  September (12)
    • ▼  August (2)
      • Karangan Keperihalan
      • Surat Kiriman Tidak Rasmi
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (41)
    • ►  April (78)
    • ►  March (5)

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.