-->

Bestari

Sunday, 16 October 2011

PUISI HARI RAYA

Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina

Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan…
di puncak taqwa.
Atau sekadar di pinggiran…
lapar dahaga!

Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar… walillah hil hamd
Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa
Posted by Bestari at 18:19
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ▼  October (11)
      • Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?
      • PUISI HARI RAYA
      • Apa Kebaikan Yang Lahir Disebabkan Taqwa
      • Ingatlah pesan Abdul Kadir al-Jailani
      • BUAT SRIKANDI ISLAM YANG KU SAYANG
      • Nasihat Ayah Kepada Anaknya
      • Manusia
      • 5 Perkara Lebih Baik Dari
      • Perbezaan antara Pengkid, Tomboi dan Lesbian serta...
      • Gaya Hidup Sihat Tanpa Maksiat
      • 7 Perkara Ganjil.
    • ►  September (12)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (41)
    • ►  April (78)
    • ►  March (5)

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.