Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ialah slogan untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita, iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Sabagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah bersama-sama berusaha agar impian Satu Malaysia akan menjadi kenyataan.
Langkah pertama yang harus kita laksanakan adalah menjaga hubungan antara kaum. Hubungan baik antara kaum perlu dipelihara agar tidak timbul sebarang perselisihan yang boleh mengakibatkan perpecahan antara kaum. Sebarang perpecahan akan mencacatkan usaha mewujudkan negara yang bersatu padu.
Seterusnya, jati diri yang jitu perlu ditanamkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Muda-mudi pelbagai keturunan haruslah mengikuti program-program yang berkaitan seperti Perkhemahan Satu Malaysia, Kem Jati Diri, dan Kem Bina Insan. Dengan kesedaran dan pemahaman konsep Satu Malaysia yang mantap, tidak mustahil negara kita akan menjadi negara yang mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.
Intihanya, pelaksanaan Gagasan Satu Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama. Tanpa kerjasama semua pihak, kita tidak akan berpeluang untuk mengecapi kegemilangan pada masa hadapan.
Dikarang oleh,
Nur Aireena Azni
No comments:
Post a Comment