Kemajuan sistem komunikasi di seluruh dunia bergerak begitu pantas. Keadaan ini menyaksikan telefon bimbit menjadi satu keperluan, bukan satu barang mewah. Kemajuan ini berhak dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Namun, apa yang menjadi persoalan mengapakah pihak kerajaan tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit di sekolah?
Faktor utama pengharaman telefon di sekolah adalah dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Cuba bayangkan, seramai 40 orang pelajar membawa telefon di dalam kelas sedangkan guru sedang mengajar. Sudah pasti deringan atau nada mesej yang bertalu-talu akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Bukan hanya deringan telefon, kemungkinan pelajar menyalahgunakan telefon untuk perkara yang tidak baik. Meniru semasa peperiksaan, berlaku kecurian telefon kerana tidak semua pelajar mampu memiliki telefon dan mungkin terdapat pelajar yang membawa telefon canggih yang mempunyai talian internet untuk tujuan yang tidak elok.
Dikarang oleh,
Nur Aireena Azni
No comments:
Post a Comment