-->

Bestari

Tuesday, 19 April 2011

Keburukan Internet

Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak dinafikan lagi penggunaanya memberi banyak faedah kepada pengguna. Namun begitu, internet juga dapat memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh dengan dunia maya. Unsur-unsur negetif seperti, bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak negatif yang besar pada anak watan negara ini dan mampu membawa padah.

Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada aset negara ini akan membuat mereka lalai. Minda remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negatif alam maya akan menyebabkan tercetusnya gejala ponteng sekolah. Hal ini berlaku akibat daripada nafsu pelajar yang ingin berseronok di kafe siber dengan menyaksikan aksi lucah, ganas dan bermain permainan "online".

Selain itu, anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di internet. Natijahnya, orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka. Tidak hairanlah kita menyaksikan kes melawan guru, berzina, bertumbuk, bergaduh sehingga membunuh di kalangan remaja dipaparkan melalui media massa. Siapakah penghulunya?. Adakah internet patut dipersalahkan?.

Seterusnya, akibat daripada penyalah gunaan internet, ini akan membantutkan misi negara untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang unggul. Kesannya negara kita akan kehilangan tonggak peneraju negara. Dengan mudah musuh luar dapat menakluk negara kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana. Dalam pada itu, ekonomi negara turut terjejas bak kata pepatah melayu " cubit paha kanan,paha kiri terasa juga". Natijahnya, kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan.

Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang terperangkap oleh alam maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal insan cemerlang seperti yang digariskan dalam wawasan 2020. Negara kita akan dipandang rendah oleh negara membangun lain jika hal sedemikian terus berleluasa. Di manakah semangat remaja untuk membantu negara?. Menurut statistik, pelajar cemerlang yang dilahirkan semakin merosot dari tahun ke tahun. Adakah ini tanda-tanda awal yang membawa negara ke arah hari kekalahan?.

Bangunlah wahai ummah. Pihak berkuasa, pihak sewasta atau semua pihak harus berganding bahu dalam mencegah hal sedemikian dan jangan bersikap meterialistik dan individualistik. Anak watan peneraju negara harus dibentuk dengan acuan yang betul agar tidak dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada sikap diri.


siti nur adilla
Posted by Bestari at 20:53
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ►  October (11)
    • ►  September (12)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (41)
    • ▼  April (78)
      • Selamat Hari Ibu
      • Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan ( Nur Airee...
      • Obesiti ( Nur Aireena )
      • Syair Nasihat ( Nur Aireena )
      • Pencemaran Sungai ( Nur Aireena )
      • Pantun Dua Kerat ( Nur Aireena )
      •       Makanan seimbang ialah pengambilan makanan y...
      • Internet Banyak Mendatangkan Kebaikan Daripada Keb...
      • Punca-punca Kemalangan Jalan Raya
      • Kesan Vandalisme
      • Pantun Dua Kerat – Nasihat ( Bahasa Melayu)
      • Mr. Nobody ( Bahasa Inggeris)
      • Surah Al-Muzammil
      • Ayat Kursi _ محمد طه ألجنيد
      • Muhammad Taha Al Junaid Leading Prayer sura Qiyamah
      • al-fatihah
      • Renungkanlah
      • Bismillah
      • Remaja Perlu Diberi Bantuan Dalam Kejadian Pembuan...
      • Kesan Rumah Hijau
      • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
      • Mat Rempit Buday Kita?
      • Kuasai Bahasa Arab.....
      • Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah...
      • Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Di Negara Kita
      • Impak Kenaikan Harga Minyak.
      • Kewujudan Pasaraya Besar di Negara Kita
      • Penguatkuasaan Larangan Membawa & Mengguna Telefon...
      • Pelajar Bekerja Secara Sambilan?
      • Bagai Aur Dengan Tebing
      • Kesan-kesan Pengambilan Gula Yang Berlebihan
      • Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat
      • Masalah-masalah Bidang Sastera Di Malaysia
      • Temuduga
      • FAKTA                               Bersukan me...
      • Membaca Jambatan Ilmu
      • Minda
      • “Merokok Membahayakan Kesihatan”
      • Seantero Dunia
      • Motorcycle
      • Animals
      • Pujian Guru Terhadap Pelajar
      • Keburukan Media Siber
      • Cerita                        Hari minggu itu cua...
      • Berita              BANTING,13 Julai-Seorang penju...
      • Laporan LAPORAN SUKAN TAHUNANSEKOLAH MENENGAH K...
      • Cars To a large extent, our lifestyle is influence...
      • Organic produce Organic produce has become more p...
      • Langkah- langkah memajukan industri kraf tangan
      • Kebaikan dan keburukan hospital
      •  Study Skills Good morning, teachers and fellow...
      •  PERIBAHASA         Jam telah menunjukkan pukul 8 ...
      • UCAPAN        Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis,yan...
      • Courtesy Begins At Home          Given the hectic ...
      • Operasi Penahanan Pendatang Tanpa Izin KUALA LUMP...
      • Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
      • Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akademik
      • Pengaruh Iklan Terhadap Masyarakat
      • Impak penduduk ramai terhadap negara
      • Kepentingan budaya
      • Masalah pengangguran di kalangan siswazah
      • Semangat kejiranan
      • Masalah displin di kalangan pelajar
      • Berkelah bersama keluarga
      • Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja
      • Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
      • Keburukan Internet
      • Karangan
      • Karangan
      • Karangan
      • Karangan
      • Berita
      • Faedah- Faedah Komputer
      • Surat Kiriman Tidak Rasmi
      • Pengalaman
      • Ucapan
      • Picture Composition
    • ►  March (5)

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.