-->

Bestari

Wednesday, 20 April 2011

Operasi Penahanan Pendatang Tanpa Izin


KUALA LUMPUR, 22 Mei – Sebanyak109 orang pekerja asing telah ditahan untuk disoal siasat dalam suatu serbuan di sebuah tapak pembinaan yang terletak di Jalan Sentosa awal pagi ini.
            Dalam serbuan tersebut, sebanyak 40 orang pekerja asing telah ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah, tidak mempunyai permit kerja, serta menyalahgunakan pasport dan visa pelancong untuk tujuan bekerja. Kebanyakan mereka yang ditahan berasal dari negara jiran.
            Serbuan tersebut dilakukan hasil daripada intipan pihak berkuasa dan maklumat daripada orang awam. Menurut Encik Kamal yang tinggal di kawasan berhampiran, penduduk semakin hilang sabar terhadap kerenah yang ditimbulkan oleh mereka. “ Adakalanya mereka membuat bising sehingga pagi. Keadaan ini mengganggu kami khususnya anak-anak kecil yang sedang tidur”, tambahnya lagi.
            Menurut maklumat daripada seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan, kemungkinan kejadian pecah rumah yang berlaku di kawasan tersebut akhir-akhir ini turut berpunca daripada pendatang tanpa izin ini. Tambahnya lagi, rumah yang disediakan oleh pihak pemaju itu bukan sahaja dihuni oleh pekerja binaan, malah turut didiami oleh rakan-rakan mereka yang tidak bekerja.
            Operasi yang melibatkan 30 orang penguat kuasa turut mendapat bantuan daripada pasukan RELA. Serbuan tersebut dilakukan pada jam 3.00 pagi semasa mereka sedang leka bermain terup dan yang lain sedang tidur. Walau bagaimanapun, selepas disoal siasat, 60 orang yang terbabit dilepaskan kerana didapati mempunyai permit kerja dan pasport yang sah.
            “ Kita akan menyoal siasat pemaju terbabit. Tindakan pemaju terbabit menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah merupakan suatu kesalahan yang besar. Jika sabit kesalahan, pemaju boleh didenda dan dipenjarakan. Sepatutnya, setiap pemaju tidak membelakangi undang-undang apabila hendak mengambil pekerja asing dengan mereka,”jelas Tuan Haji Yusof.              

Dikarang oleh : Nursadiqah                           
Posted by Bestari at 16:50
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. fatinfadzil2010 August 2011 at 18:39

    Terima kasih. Banyak membantu saya. Bagus :DD

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ►  October (11)
    • ►  September (12)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (41)
    • ▼  April (78)
      • Selamat Hari Ibu
      • Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan ( Nur Airee...
      • Obesiti ( Nur Aireena )
      • Syair Nasihat ( Nur Aireena )
      • Pencemaran Sungai ( Nur Aireena )
      • Pantun Dua Kerat ( Nur Aireena )
      •       Makanan seimbang ialah pengambilan makanan y...
      • Internet Banyak Mendatangkan Kebaikan Daripada Keb...
      • Punca-punca Kemalangan Jalan Raya
      • Kesan Vandalisme
      • Pantun Dua Kerat – Nasihat ( Bahasa Melayu)
      • Mr. Nobody ( Bahasa Inggeris)
      • Surah Al-Muzammil
      • Ayat Kursi _ محمد طه ألجنيد
      • Muhammad Taha Al Junaid Leading Prayer sura Qiyamah
      • al-fatihah
      • Renungkanlah
      • Bismillah
      • Remaja Perlu Diberi Bantuan Dalam Kejadian Pembuan...
      • Kesan Rumah Hijau
      • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
      • Mat Rempit Buday Kita?
      • Kuasai Bahasa Arab.....
      • Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah...
      • Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Di Negara Kita
      • Impak Kenaikan Harga Minyak.
      • Kewujudan Pasaraya Besar di Negara Kita
      • Penguatkuasaan Larangan Membawa & Mengguna Telefon...
      • Pelajar Bekerja Secara Sambilan?
      • Bagai Aur Dengan Tebing
      • Kesan-kesan Pengambilan Gula Yang Berlebihan
      • Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat
      • Masalah-masalah Bidang Sastera Di Malaysia
      • Temuduga
      • FAKTA                               Bersukan me...
      • Membaca Jambatan Ilmu
      • Minda
      • “Merokok Membahayakan Kesihatan”
      • Seantero Dunia
      • Motorcycle
      • Animals
      • Pujian Guru Terhadap Pelajar
      • Keburukan Media Siber
      • Cerita                        Hari minggu itu cua...
      • Berita              BANTING,13 Julai-Seorang penju...
      • Laporan LAPORAN SUKAN TAHUNANSEKOLAH MENENGAH K...
      • Cars To a large extent, our lifestyle is influence...
      • Organic produce Organic produce has become more p...
      • Langkah- langkah memajukan industri kraf tangan
      • Kebaikan dan keburukan hospital
      •  Study Skills Good morning, teachers and fellow...
      •  PERIBAHASA         Jam telah menunjukkan pukul 8 ...
      • UCAPAN        Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis,yan...
      • Courtesy Begins At Home          Given the hectic ...
      • Operasi Penahanan Pendatang Tanpa Izin KUALA LUMP...
      • Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
      • Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akademik
      • Pengaruh Iklan Terhadap Masyarakat
      • Impak penduduk ramai terhadap negara
      • Kepentingan budaya
      • Masalah pengangguran di kalangan siswazah
      • Semangat kejiranan
      • Masalah displin di kalangan pelajar
      • Berkelah bersama keluarga
      • Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja
      • Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
      • Keburukan Internet
      • Karangan
      • Karangan
      • Karangan
      • Karangan
      • Berita
      • Faedah- Faedah Komputer
      • Surat Kiriman Tidak Rasmi
      • Pengalaman
      • Ucapan
      • Picture Composition
    • ►  March (5)

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.