-->

Bestari

Friday, 29 April 2011

Pencemaran Sungai ( Nur Aireena )

  Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.
  Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
  Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    
  Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.  
  Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah.  
  Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
  Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.
  Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.
Posted by Bestari at 16:11
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ►  October (11)
    • ►  September (12)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (41)
    • ▼  April (78)
      • Selamat Hari Ibu
      • Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan ( Nur Airee...
      • Obesiti ( Nur Aireena )
      • Syair Nasihat ( Nur Aireena )
      • Pencemaran Sungai ( Nur Aireena )
      • Pantun Dua Kerat ( Nur Aireena )
      •       Makanan seimbang ialah pengambilan makanan y...
      • Internet Banyak Mendatangkan Kebaikan Daripada Keb...
      • Punca-punca Kemalangan Jalan Raya
      • Kesan Vandalisme
      • Pantun Dua Kerat – Nasihat ( Bahasa Melayu)
      • Mr. Nobody ( Bahasa Inggeris)
      • Surah Al-Muzammil
      • Ayat Kursi _ محمد طه ألجنيد
      • Muhammad Taha Al Junaid Leading Prayer sura Qiyamah
      • al-fatihah
      • Renungkanlah
      • Bismillah
      • Remaja Perlu Diberi Bantuan Dalam Kejadian Pembuan...
      • Kesan Rumah Hijau
      • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
      • Mat Rempit Buday Kita?
      • Kuasai Bahasa Arab.....
      • Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah...
      • Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Di Negara Kita
      • Impak Kenaikan Harga Minyak.
      • Kewujudan Pasaraya Besar di Negara Kita
      • Penguatkuasaan Larangan Membawa & Mengguna Telefon...
      • Pelajar Bekerja Secara Sambilan?
      • Bagai Aur Dengan Tebing
      • Kesan-kesan Pengambilan Gula Yang Berlebihan
      • Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat
      • Masalah-masalah Bidang Sastera Di Malaysia
      • Temuduga
      • FAKTA                               Bersukan me...
      • Membaca Jambatan Ilmu
      • Minda
      • “Merokok Membahayakan Kesihatan”
      • Seantero Dunia
      • Motorcycle
      • Animals
      • Pujian Guru Terhadap Pelajar
      • Keburukan Media Siber
      • Cerita                        Hari minggu itu cua...
      • Berita              BANTING,13 Julai-Seorang penju...
      • Laporan LAPORAN SUKAN TAHUNANSEKOLAH MENENGAH K...
      • Cars To a large extent, our lifestyle is influence...
      • Organic produce Organic produce has become more p...
      • Langkah- langkah memajukan industri kraf tangan
      • Kebaikan dan keburukan hospital
      •  Study Skills Good morning, teachers and fellow...
      •  PERIBAHASA         Jam telah menunjukkan pukul 8 ...
      • UCAPAN        Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis,yan...
      • Courtesy Begins At Home          Given the hectic ...
      • Operasi Penahanan Pendatang Tanpa Izin KUALA LUMP...
      • Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
      • Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akademik
      • Pengaruh Iklan Terhadap Masyarakat
      • Impak penduduk ramai terhadap negara
      • Kepentingan budaya
      • Masalah pengangguran di kalangan siswazah
      • Semangat kejiranan
      • Masalah displin di kalangan pelajar
      • Berkelah bersama keluarga
      • Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja
      • Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
      • Keburukan Internet
      • Karangan
      • Karangan
      • Karangan
      • Karangan
      • Berita
      • Faedah- Faedah Komputer
      • Surat Kiriman Tidak Rasmi
      • Pengalaman
      • Ucapan
      • Picture Composition
    • ►  March (5)

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.