-->

Bestari

Monday, 9 May 2011

Kebaikan Pelajar Bekerja Sambilan

     Apakah kerja sambilan? Sebenarnya kerja sambilan ini merujuk kerja sementara yang biasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah. Kerja ini turut dilakukan oleh golongan tua dan wanita atas dasar untuk menambah pendapatan atau membantu suami menyara keluarga. Sememangnya kerja sambilan wajar dilakukan oleh remaja kerana sudah menjadi satu gaya hidup moden tetapi gaya ini turut mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja.

     Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan. Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan sekerja dan majikan pasti meninggalkan pelbagai kesan yang menarik. Remaja menyedari betapa kehidupan social memerlukan kemahiran tinggi terutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka benar-benar melaluinya.

     Malah, remaja mampu membentuk personaliti yang menarik menerusi kerja sambilan ini. Tugas di tempat kerja membina jati diri remaja yang baru kerana kerja ini memerlukan mereka menepati masa, rajin bekerja, menurut arahan, dan menggunakan minda ketika berinteraksi dengan pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan,tidak yakin diri dan sebagainya pasti berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini.

     Sudah pasti kelebihan ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remaja mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan mampu membeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan kewangan yang begitu tinggi kepada remaja.

     Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya harus diberi  pertimbangan sewajarnya. Remaja menjadi individu yang terlalu sibuk, mementingkan kewangan,lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap mereka sudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan rakan sekerja yang lebih dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang tidak sihat.

     Kesimpulannya, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harus secara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum menyertai kerja sambilan. Bukan sahaja kebenaran ibubapa penting tetapi remaja harus bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan? Atau mereka penuhkan masa cuti mereka dengan aktiviti berfaedah yang lain.

~Farah Nabilah~
Posted by Bestari at 21:30
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ►  October (11)
    • ►  September (12)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ▼  May (41)
      • A Wallflower
      • The Parks of West Malaysia
      • Recess Time in Our School
      • Teacher's Day
      • Kelantan
      • My Country - Malaysia
      • A Busy Street Scene
      • Cameron Highlands - A Malaysian Hill Resort
      • Bencana Alam
      • Peribahasa
      • Teknik Membaca Berkesan
      • Surat Kiriman Tidak Rasmi
      • Majlis Perpisahan
      • BEST FRIENDS
      • FUNNY QUOTES
      • LIFE POEMS
      • I LOVE YOU DAD
      • Mother Is Everything
      • To A Special Teacher
      • This is What We Call Friendship
      • Amalan berjimat cermat dan menabung.            ...
      • Antologi Kasut Kelopak Jantung
      • Fipping Fantastic
      • Telefon Bimbit
      • Konsep Satu Malaysia
      • Kempen Cintailah Sungai Kita
      • H1N1
      • Present
      • Pets
      • Kemahiran Hidup               ALATAN TANGAN 1.A...
      • Kebaikan Pelajar Bekerja Sambilan
      • Skop Pengangkutan Awam
      • Surah Nuh
      • Kelahiran Rasullulah dan Empat Puluh Tahun Sebelum...
      • Disiplin Pelajar Di Sekolah
      • Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam
      • Kepentingan Gaya Hidup Sihat
      • Kesan Positif Tempat Permainan Kanak-kanak
      • Kesan-kesan Vandalisme
      • Punca-punca Kemalangan Jalan Raya
      • Asal Usul Tun Hussein Onn
    • ►  April (78)
    • ►  March (5)

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.