-->

Bestari

Monday, 2 May 2011

Kepentingan Gaya Hidup Sihat

     Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

     Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu.

     Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan atau berlari bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga atau ketika hujung minggu untuk mendapatkan senaman sebegini. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Maka, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

     Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi untuk memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

     Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting dimiliki oleh seseorang itu untuk menangani tekanan kehidupan moden. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Maka, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

     Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

~Farah Nabilah~
Posted by Bestari at 18:10
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. Unknown15 September 2018 at 21:02

    Tq sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ►  October (11)
    • ►  September (12)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ▼  May (41)
      • A Wallflower
      • The Parks of West Malaysia
      • Recess Time in Our School
      • Teacher's Day
      • Kelantan
      • My Country - Malaysia
      • A Busy Street Scene
      • Cameron Highlands - A Malaysian Hill Resort
      • Bencana Alam
      • Peribahasa
      • Teknik Membaca Berkesan
      • Surat Kiriman Tidak Rasmi
      • Majlis Perpisahan
      • BEST FRIENDS
      • FUNNY QUOTES
      • LIFE POEMS
      • I LOVE YOU DAD
      • Mother Is Everything
      • To A Special Teacher
      • This is What We Call Friendship
      • Amalan berjimat cermat dan menabung.            ...
      • Antologi Kasut Kelopak Jantung
      • Fipping Fantastic
      • Telefon Bimbit
      • Konsep Satu Malaysia
      • Kempen Cintailah Sungai Kita
      • H1N1
      • Present
      • Pets
      • Kemahiran Hidup               ALATAN TANGAN 1.A...
      • Kebaikan Pelajar Bekerja Sambilan
      • Skop Pengangkutan Awam
      • Surah Nuh
      • Kelahiran Rasullulah dan Empat Puluh Tahun Sebelum...
      • Disiplin Pelajar Di Sekolah
      • Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam
      • Kepentingan Gaya Hidup Sihat
      • Kesan Positif Tempat Permainan Kanak-kanak
      • Kesan-kesan Vandalisme
      • Punca-punca Kemalangan Jalan Raya
      • Asal Usul Tun Hussein Onn
    • ►  April (78)
    • ►  March (5)

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.