-->

Bestari

Saturday, 14 May 2011

Majlis Perpisahan

Pada pagi Isnin, 3 November 2003, majlis perpisahan untuk pengetua Sekolah Menengah Seri Menanti, Puan Badariah Haji Ali, telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah ini. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa beliau yang telah berkhidmat sebagai pengetua sekolah ini selama lapan tahun.

               Sebelum itu, satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada beberapa orang guru dan pelajar telah dibentuk untuk mengatur program majlis perpisahan ini. Acara-acara yang dirancang ialah tarian tradisional, sketsa komedi, dan persembahan lagu oleh wakil Kelab Guru. Satu pentas khas juga didirikan di tapak perhimpunan untuk majlis ini.

               Majlis yang meriah dan penuh bermakna ini telah dimulakan dengan tarian tradisional oleh para pelajar Tingkatan 1,2 dan 3. Setiap tingkatan mempersembahkan satu jenis tarian. Selepas itu, diadakan sketsa komedi oleh para pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sketsa itu amat lucu sehingga menyebabkan para pelajar dan guru ketawa tidak kering gusi.
              
               Persembahan terakhir ialah persembahan lagu yang dicipta khas untuk pengetua. Tajuk lagu itu ialah ’Selamat Jalan’ dan dinyanyikan oleh lima orang guru yang mewakili Kelab Guru sekolah.

               Pada akhir majlis, Puan Pengetua telah menyampaikan ucapan perpisahannya. Dalam ucapan itu, beliau telah menasihati para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran.           
              
               Kemudian wakil pelajar telah menyampaikan cenderahati dan diikuti oleh perarakan khas. Dalam perarakan ini, pengetua telah menaiki kereta antik dan dibawa mengelilingi halaman sekolah dengan para pelajar berbaris sepanjang jalan sambil melambaikan tangan.


Laporan disediakan oleh,                                                                                                                  5 November 2003.

Rohani Razali
……………………………......
(ROHANI BINTI RAZALI)
Anggota Jawatankuasa Khas.



Nurul Akmal




Posted by Bestari at 02:24
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GROUP 2

1. ANIS ZAFIRAH BINTI ZAM BERI

2. ELIENE ANISSA BINTI OMAR

3. FARAH NABILAH BINTI MOHD IZAHAR

4. NIK NUR FATIN BINTI MAT HADZIR

5. NURSADIQAH BINTI MD SAAD

6. NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF

Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Followers

About Me

My photo
Bestari
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (39)
    • ►  March (39)
  • ▼  2011 (157)
    • ►  December (1)
    • ►  October (11)
    • ►  September (12)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ▼  May (41)
      • A Wallflower
      • The Parks of West Malaysia
      • Recess Time in Our School
      • Teacher's Day
      • Kelantan
      • My Country - Malaysia
      • A Busy Street Scene
      • Cameron Highlands - A Malaysian Hill Resort
      • Bencana Alam
      • Peribahasa
      • Teknik Membaca Berkesan
      • Surat Kiriman Tidak Rasmi
      • Majlis Perpisahan
      • BEST FRIENDS
      • FUNNY QUOTES
      • LIFE POEMS
      • I LOVE YOU DAD
      • Mother Is Everything
      • To A Special Teacher
      • This is What We Call Friendship
      • Amalan berjimat cermat dan menabung.            ...
      • Antologi Kasut Kelopak Jantung
      • Fipping Fantastic
      • Telefon Bimbit
      • Konsep Satu Malaysia
      • Kempen Cintailah Sungai Kita
      • H1N1
      • Present
      • Pets
      • Kemahiran Hidup               ALATAN TANGAN 1.A...
      • Kebaikan Pelajar Bekerja Sambilan
      • Skop Pengangkutan Awam
      • Surah Nuh
      • Kelahiran Rasullulah dan Empat Puluh Tahun Sebelum...
      • Disiplin Pelajar Di Sekolah
      • Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam
      • Kepentingan Gaya Hidup Sihat
      • Kesan Positif Tempat Permainan Kanak-kanak
      • Kesan-kesan Vandalisme
      • Punca-punca Kemalangan Jalan Raya
      • Asal Usul Tun Hussein Onn
    • ►  April (78)
    • ►  March (5)

Free Calendar

Sumayyah - Mawaddah

"420" height="315" src="http://. Picture Window theme. Theme images by chuwy. Powered by Blogger.