DUNGUN, Jumaat- Suatu majlis perpisahan untuk Pengetua Sekolah Menengah Sura, Encik Ismail Bin Mat, telah diadakan di dewan sekolah tersebut semalam. Beliau telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Melor, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau akan mula bertugas di sekolah tersebut pada minggu hadapan.
Ketika berucap dalam majlis, beliau mengingatkan para pelajar agar belajar bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik sekolah.
“Saya telah berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun. Dari tahun ke tahun, prestasi akademik dan sukan sekolah ini sentiasa meningkat. Oleh sebab itu, saya berharap agar para pelajar dapat terus meningkatkan prestasi sekolah ini.”
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang amat mengambil berat tentang kemajuan pelajaran anak- anak mereka.
“Ibu bapa telah sedar bahawa tugas membentuk displin dan kemajuan akademik bukan tanggungjawab guru sahaja,” kata beliau.
Seterusnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan dan para guru yang memberikan kerjasama kepada beliau. Tanpa kerjasama itu, tidak mungkin beliau dapat menjalankan tugas dengan baik.
Beliau mengakhiri ucapannya dengan menyatakan bahawa beliau tidak akan lupa akan sekolah tersebut dan memerhatikan kemajuan sekolah itu serta berharap agar sekolah tersebut akan mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.
~farah nabilah~
No comments:
Post a Comment