Kampung Penambang,
Jalan Cahaya Bulan,
55400 Kota Bahru,
Kelantan.
5 Mac 2005
Menemui sahabatku, Sabrina di Lankir, Johor. Semoga saudari sihat sejahtera di samping keluarga teranta. Saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudari. Saya agak sibuk dengan aktiviti kokurikulumsepanjang minggu lepas.
Saudari,
Terima kasih atas penghargaan saudari tentang pencapaian akademik saya. Bagi saya, masih banyak yang perlu saya perbaik. Jadi, marilah kita bersama-sama memperbaik pencapaian akademik kita. Mula-mula, buatlah nota ringkas bagi setiap-tiap subjek. Yang paling baik, jika saudari dapat membuat peta minda yang menarik. Nota ringkas dan peta minda ini akan dapat saudari baca pada setiap masa terluang. Hal ini dapat membantu saydari memanfaatkan masa dengan meningkatkan daya ingatn saudari terhadap topik penting pelajaran.
Selain itu, bacalah lebih awal pelajaran yang akan diajarkan oleh guru. Tujuannya, supaya saudari memiliki pengetahuan asas terhadap perkara yang diajarkan itu, saya, misalnya, akan membaca topik-topik yang terdapat dalam buku teks yang akan diajar padakeesokan hari. Kata orang, “sediakan paying sebelum hujan”. Jadi, kita lebih mudah memahami pelajaran yang diajar oleh guru dan sekali gus memudahkan kita menerima ilmu itu.
Dalam pada itu, belajar secara kumpulan banyak faedahnya juga. Antaranya, termasuklah kita dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang pelajaran. Melalui cara ini, kita akan dapat membaiki kelemahan masing-masing. Dapatkan rakan belajar yang baik dan serius dalam pelajaran. Kemudian, berkongsilah kelebihan masing-masing secara perkongsian pintar agar kejayaan dapat dinikmati bersama-sama juga.
Satu lagi perkara yang tidak boleh saudari abaikan ialah tentang pengurusan masa kerana masa itu emas. Saudari mesti memastikan bahawa jadual belajar saudari adalah betul dan sememangnya telah disusun agar tiada masa yang terluang begitu sahaja.
Akhir sekali, saya ingin berpesan kepada saudari dan untuk diri saya juga, bahawa petua dan teknik belajar ini mestilah kita iringan dengan disiplin. Sesungguhnya berusaha dengan gigih adalah tangga kejayaan. Setakat ini sahaja saya coretkan. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada lembaran lain. Sekian.
Yang benar,
Nurul Akmal
No comments:
Post a Comment