Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis,yang berusaha Tuan Guru Besar Encik Ahmad Mahmud,barisan guru-guru yang saya kasihi serta rakan-rakan sekalian.Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pelancaran Kempen Bulan Bahasa Inggeris sekolah ini.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Bahasa Inggeris semakin besar peranannya sekarang.Ia bukan sahaja menjadi bahasa ilmu malahan sebagai bahasaperhubungan dan perniagaan.Oleh itu,setiap pelajar haruslah berusaha untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian sebagai usaha untuk menguasai bahasa tersebut.
Para pelajar hendaklah melupakan soal malu untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.Melalui perbualan mudah seharianlah,yang akan membantu pelajar menambah kemahiran berkomunikasi.Justeru,jadikan kempen ini sebagai titik permulaan untuk kita berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Sebagai pelajar,kita juga seharusnya banyak membaca buku Bahasa Inggeris.Melalui pembacaan ini,kita bukan sahaja dapat menambahkan ilmu malahan dapat memperkayakan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris itu.Oleh itu,perpustakaan ialah tempat yang sesuai untuk mendapatkan bahan bacaan dan menambahkan perbendaharaan kata.
Akhir sekali,saya menyeru kepada para pelajar agar memanfaatkan kempen ini bagi memastikan matlamat yang dirancang akan tercapai.
Sekian, terima kasih.
Anis Zafirah
No comments:
Post a Comment