Bersukan merupakan aktiviti yang sihat.Melalui bersukan,kita akan dapat keseronokan sambil menyihatkan tubuh badan.
Bersukan akan menjadikan badan kita cergas.Apabila badan cergas,sudah tentulah minda kita juga akan cerdas.Bagi yang bekerja,prestasi kerja juga akan maningkat.
Bersukan juga akan memupuk semangat kerjasama melalui aktiviti berpasukan.Sikap saling membantu dan bekerjasama akan menjamin kemenangan kepada pasukan .Dengan cara ini,akan terbentuklah kelompok masyarakat yang bersatu padu.
Selain dari itu,bersukan adalah antara cara untuk mencungkil dan mengasah bakat seseorang.Individu yang berbakat akan berpeluang untuk menunjukkan bakat mereka untuk diketengahkan.Ini bukan sahaja akan menambah bilangan ahli sukan negara malahan ia juga boleh mengharumkan nama negara jika bakat ahli-ahli sukan ini terus diasah.
Kini sukan bukan sahaja sebagai aktiviti untuk menyihatkan badan,malah kita juga dapat menambahkan pendapatan yang lumayan jika menjadi jaguh yang cemerlang.
Anis Zafirah
Anis Zafirah
No comments:
Post a Comment