Negara kita Malaysia sudah terkenal seantero dunia sebagai sebuah tempat pelancongan. Sehubungan itu, pihak kerajaan telah mempromosi Negara kita sebagai Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2011. Pelbagai acara menarik telah telah diadakan dalam usaha menarik pelancong datang ke Malaysia.
Antara usaha yang dijayakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Kekkwa) ialah memperkenalkan semula warisan Negara kepada pelancong asing. Usaha gigih di bawah naungan YB Datuk Rais Yatim telah bertindak mengkormesilkan warisan negara seperti batik, songket, dan kraf tangan. Dengan cara ini nama negara kecil lagi terpencil seperti Malaysia terkenal serata dunia sekali gus Berjaya menjual produk tempatan kepada dunia luar.
Penganjuran pelbagai pertandingan yang melibatkan negara luar juga secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Antara pertandingan bertaraf antarabangsa ialah Pertandingan Lumba Kereta F1 di Litar Lumba Sepang. Selain itu, Le Tour de Langkawi turut memperkenalkan tempat-tempat lain di seluruh Malaysia. Manakala LIMA yang diadakan pada setiap tahun di Langkawi berjaya menghimpunkan para penggemar bidang aeroangkasa.
Kesimpulannya, kejayaan negara dalam pelbagai bidang telah berjaya mempromosikan negara Malaysia. Melalui TMM, negara berjaya memperoleh keuntungan menerusi kemasukan wang asing dan penggunaan pelbagai prasarana yang terdapat di Malaysia. Semoga usaha ini akan berterusan dan terus membawa kejayaan kepada negara.
Dikarang oleh,
Nur Aireena Azni
No comments:
Post a Comment