Label “Merokok Membahayakan Kesihatan” telah dilekatkan pada setiap kotak rokok. Begitu juga poster “Tak Nak Merokok” dan “Kempen Katakan Tidak kepada Rokok”. Namun,persoalannya mengapakah masih lagi kelihatan remaja berusia belasan tahun hinggalah kepada mereka yang berusia setengah abad tetap tidak meninggalkan tabiat merokok walaupun mereka tahu rokok itu memudaratkan kesihatan?
Dalam sebatang rokok yang disedut oleh perokok mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai tar dan kafein. Bahan kimia ini menyebabkan berlakunya himpunan tar di dalam paru-paru. Penyakit yang sering dikaitkan dengan perokok ialah kanser paru-paru dan strok.
Mengikut kajian, 30 peratus sahaja asap yang disedut masuk ke dalam paru-paru perokok. Manakala 70 peratus lagi asap tersebut akan bebas ke uadara dan disedut oleh orang sekeliling. Statistik ini menunjukkan rokok bukan sahaja membahayakan perokok tetapi juga kepada masyarakat sekeliling.
Kesimpulannya, rokok membahayakan kesihatan. Oleh hal demikian, sama-samalah kita menjayakan kempen kerajaan untuk mengurangkan perokok di negara kita.
Dikarang oleh,
Nur Aireena Azni
No comments:
Post a Comment