BANTING,13 Julai-Seorang penjual kereta terbunuh apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori trela.Kejadian itu berlaku di batu 14 Jalan Klang-Banting.
Mangsa itu Lee Thiam Chai,22 tahun,cedera parah di kepala,badan dan kakinya.Beliau mati dalam perjalanan ke Hospital Banting.Pemandu trela puka cedera ringan di bahagian dada.Beliaunyang enggan namanya disebut menerima rawatan di klinik pesakit luar.
Mayat Lee tela dibedah siasat.Keluarga Lee turut berada di kawasan hospital untuk menuntut mayatnya.Ayah Lee memberitahu bahawa anaknya baru membeli kereta yang dipandunya itu.
Menurut polis kejadian tersebut berlaku sewaktu Lee dalam perjalanan ke Klang.Beliau tidak dapat mengawal keretanya sewaktu memintas sebuah lori besar.Lee bertembung dengan lori trela yang datang dari arah yang bertentangan.
Anis Zafirah
No comments:
Post a Comment