Minda yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Kecergasan wujud daripada kesihatan tubuh badan seseorang individu yang mengamal cara hidup yang aktif dengan sistem permakanan yang sihat dan bersukan. Persoalannya, apakah cara-cara yang berkesan bagi menggalakkan pelajar menyertai aktiviti sukan?
Langkah pertama, pihak sekolah haruslah prihatin akan kelengkapan atau kemudahan sukan di sekolah. Kemudahan yang serba kekurangan akan menyebabkan pelajar-pelajar menjauhkan diri mereka daripada aktiviti sukan. Hal ini kerana mereka mungkin terpaksa berkongsi peralatan dengan pelajar lain yang menyebabkan mereka lebih suka memilih aktiviti lain.
Selain itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka aktif bersukan. Di rumah, ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti bersukan dengan anak-anak mereka. Antara aktiviti sukan yang sesuai dilakukan di kawasan perumahan adalah seperti bermain badminton, pingpong, dan berjoging.
Tuntasnya, kepentingan bersukan memang tidak dapat dinafikan. Bersukan mampu melahirkan rakyat yang sihat. Masyarakat yang sihat dari aspek lahiriah akan mampu membawa kemajuan kepada negara kita sesuai dengan slogan Rakyat Sihat Negara Maju.
Dikarang oleh,
Nur Aireena Azni
No comments:
Post a Comment