Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospital kerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyak memastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana ini menjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal.
Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan kerana mereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan mereka tidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akan terjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih suka mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan ini bersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yang diberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampu mendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin?
Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktor sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukan pembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahan etika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusia secara tidak sah.
Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyat negara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kita melihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasar perniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospital swasta tidak mengambil kesempatan atas pesakit mereka.
Farah Nabilah
No comments:
Post a Comment