Jam telah menunjukkan pukul 8 pagi.Razak segera mencapai begnya lalu menujun ke sekolah.Dia sepatutnya menghadiri kelas trambahan pada pukul lapan pagi.
Untuk sampai ke sekolah,Razak perlu melalui sebuah pekan kecil yang agak sibuk.Banyak kenderaan yang lalu-lalang di kawasan pekan itu.Razak perlu berhati-hati setiap kali melalui kawasan pekan itu.
Oleh kerana hendak cepat sampai di sekolah ,Razak tidak menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melintas jalan.Akibatnya,Razak telah dilanggar oleh sebuah motosikal.Razak terjatuh dan kakinya cedera.
Penunggang motosikal itu telah membawa Razak ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.Setelah dirawat,penunuggang motosikal itu menghantar Razak pulang ke rumah.
Setibanya di rumah,ibu Razak agak terperanjat melihat keadaan Razak.Setelah mendengar cerita dari penunggang motosikal itu,tahulah ibu Razak bahawa kejadian itu berpunca dari kecuaian Razak .Ibu Razak mengucapkan terima kasih kepada penunggang motosikal itu.
Razak tidak dapat ke sekolah untuk beberapa hari.Dia menyesal kerana tidak berhati-hati.Jika Razak mengamakkan sikap ‘biar lambat asal selamat’sudah pasti dia tidak akan ditimpa masalah.Nursadiqah
No comments:
Post a Comment